SEMAK PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Di bawah program Yayasan MyKasih, Kerajaan menyalurkan bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan. Bantuan ini telah mula disalurkan pada tahun 2023 namun hanya diberikan kepada golongan miskin tegar seramai 210,000 penerima sahaja. Pada tahun 2024, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima dan terbuka kepada golongan miskin serta bukan miskin juga.
Bagaimanakah semak penerima bantuan mykasih rm100 setiap bulan dalam mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan senarai penerima bantuan MyKasih mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
- Kategori Miskin Tegar 0.2juta penerima :
- Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Bujang berpendapatan rendah / bujang oku.
- Kategori Miskin eKasih 0.5juta penerima :
- Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Bujang berpendapatan rendah / bujang oku.
- Kategori Asas (Penerima STR) Bukan Miskin 8.0juta penerima :
- Isi Rumah berpasangan;
- Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Bujang.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut :
TARIKH | JUMLAH |
---|---|
22 / 1 / 2024 | RM100 |
1 / 2 / 2024 | RM100 |
1 / 3 / 2024 | RM100 |
1 / 4 / 2024 | RM100 |
1 / 5 / 2024 | RM100 |
1 / 6 / 2024 | RM100 |
1 / 7 / 2024 | RM100 |
1 / 8 / 2024 | RM100 |
1 / 9 / 2024 | RM100 |
1 / 10 / 2024 | RM100 |
1 / 11 / 2024 | RM100 |
1 / 12 / 2024 | RM100 |
SEMAK PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Ikuti cara semak bantuan MyKasih RM100 setiap bulan dalam MyKad di Portal Rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Boleh kah saya memohon dan mengisi borang mykasih melalui HPhone