SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kebajikan majoriti rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah amat dititik beratkan oleh Kerajaan agar terus terpelihara dan mendapat bantuan kewangan yang berterusan bagi menampung kehidupan oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykad rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI : DAFTAR ONLINE SEKARANG

DEFINISI PROGRAM BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan Mykad ini adalah di bawah program MyKasih yang diberi peruntukan oleh Kerajaan dalam penyaluran bantuan menerusi Mykad penerima dan juga secara tunai menerusi akaun bank penerima bagi memenuhi keperluan jangka pendek.

Program bantuan ini telah diterima baik oleh penerima sebelum ini kerana dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan. Kerajaan juga telah menambahbaik program bantuan ini serta telah meluaskan kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan.

KAEDAH PELAKSANAAN KEPADA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Pelaksanaan bantuan kepada penerima terbahagi kepada dua (2) kaedah iaitu :

KAEDAH PELAKSANAANJENIS PENERIMA
Penyaluran tanpa tunai menerusi MyKad
mengikut nombor Mykad yang didaftarkan
Penerima di Semenanjung
Malaysia
Pengkreditan tunai melalui akaun bank
penerima yang didaftarkan
Penerima di Sabah,
Sarawak atau Labuan
Secara tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah,
Sarawak atau Labuan

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM600 2024

Pelaksanaan bantuan RM600 adalah berbeza setiap negeri penerima mengikut tarikh berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH PELAKSANAANJUMLAH BANTUAN
SEMENANJUNG MALAYSIABermula pada
22 Januari 2024
sehingga
1 Disember 2024
RM50 setiap bulan
(selama 12 bulan)
SABAH, SARAWAK DAN
LABUAN
Bermula pada
19 Februari 2024
dan
12 Ogos 2024
RM300
(dua kali bayaran)

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Khas kepada rakyat yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Berstatus Bujang / Bujang OKU / Ibubapa Tunggal tiada anak;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
  • Pendapatan RM0 hingga RM2,500 sahaja;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Untuk mengetahui senarai nama penerima yang layak menerima bantuan RM600, ikuti semakan pada pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment