SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Mungkin nilai bantuan tidaklah besar, namun dengan adanya bantuan tunai ini dapat membantu segelintir rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan memerlukan untuk memenuhi keperluan asas. Oleh itu, bantuan ini disalurkan setiap bulan sepanjang tahun ini untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan RM50 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Bantuan tunai yang disalurkan bernilai RM50 setiap bulan sepanjang tahun 2024 adalah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah. Bantuan ini disalurkan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan golongan yang kurang kemampuan.

BILAKAH TARIKH BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024 DISALURKAN

Kementerian Kewangan telahpun mengumumkan tarikh penyaluran bantuan RM50 sebulan yang bermula pada setiap 1 hari bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, dan sehingga pada 1 Disember 2024.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Penyaluran bantuan RM50 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin.

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan senarai nama penerima yang layak menerima bantuan RM50 setiap bulan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment