SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100 – SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100 – SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Penyampaian bantuan MyKasih adalah suatu inisiatif yang unik, di mana bantuan ini dikreditkan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan. Penerima berpeluang untuk melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan medium bayaran tanpa tunai yang sangat mudah dan selamat.

Untuk menyemak status Bantuan MyKasih RM100, sila ikuti panduan dan maklumat lanjut yang disediakan di bawah.

Baca Juga : SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 3.0

JADUAL / TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Bayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 dijadualkan seperti berikut :

BILTARIKH BAYARAN JUMLAH BANTUAN
1.1 April 2025, SelasaRM100
2.1 Mei 2025, KhamisRM100
3.1 Jun 2025, AhadRM100
4.1 Julai 2025, SelasaRM100
5.1 Ogos 2025, JumaatRM100
6.1 September 2025, IsninRM100
7.1 Oktober 2025, RabuRM100
8.1 November 2025, SabtuRM100
9.1 Disember 2025, IsninRM100

Nota : Bantuan MyKasih sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Hanya individu yang memenuhi kriteria kelayakan berikut layak menerima Bantuan MyKasih RM100 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun
  • Merupakan ketua isi rumah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih bernilai RM100 boleh disemak melalui pautan berikut :

  • Laman Web Rasmi Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    • Sila layari pautan laman web rasmi Bantuan MyKasih di atas.
    • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    • Status penerima akan dipaparkan sebagai ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, sila klik pada butang [Semak Kelayakan].

  • Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  • Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  • Selesai.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Bagi penerima yang telah disahkan layak, pembelian boleh dilakukan dengan menggunakan Bantuan MyKasih seperti berikut :

  • Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih yang berhampiran.
  • Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  • Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Baki Bantuan MyKasih yang terdapat dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :

  • Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  • Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  • Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh: 123456789).
  • Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  • Klik pada butang [Next] di bawah.
  • Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
  • Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

Leave a Comment