SEMAK STATUS BANTUAN SKAS (SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800)

SEMAK STATUS BANTUAN SKAS (SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800)

APA ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global, membolehkan penerima membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung, dan minyak masak.

SKAS memberi tumpuan kepada tiga kumpulan utama penerima iaitu isi rumah, warga emas, dan individu bujang yang layak berdasarkan data terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif ini mencerminkan usaha kerajaan Sarawak dalam meringankan beban rakyat, terutama komuniti B40.

Baca Juga : CHECK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF (SEMAK DUIT MASUK)

KADAR BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

SEMAK STATUS BANTUAN SKAS (SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800)

Jumlah Bantuan Mengikut Kategori :

  • Isi Rumah : Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800 setahun.
  • Warga Emas : Individu berumur 60 tahun ke atas, tanpa pasangan atau anak, dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400 setahun.
  • Bujang : Individu bujang berumur 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas) dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250 setahun.

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS SARAWAK (SKAS)

  • Warganegara Malaysia pemegang Kad Pengenalan K (Anak Sarawak) yang beralamat dan menetap di Sarawak.
  • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.

CARA PERMOHONAN SKAS SARAWAK

  • Untuk Bantuan skas anda tidak perlu memohon kerana penerima STR Fasa 4 2024 yang memenuhi kriteria kelayakan akan disenaraikan secara automatik sebagai penerima SKAS.

CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) :

  1. Layari Portal Rasmi SKAS :
  2. Log Masuk Akaun
    • Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang berdaftar.
    • Jika belum berdaftar, daftar akaun baharu dengan maklumat peribadi yang diperlukan (nombor MyKad dan maklumat asas).
  3. Pilih Menu Semakan Status
    • Selepas log masuk, pilih menu “Semakan Status SKAS” di halaman utama portal.
  4. Masukkan Nombor MyKad
    • Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan K) dan tekan butang Semak
  5. Paparan Status Kelayakan
    • Sistem akan memaparkan status kelayakan anda termasuk :
      • Sama ada anda layak menerima bantuan
      • Jumlah bantuan yang akan di terima
      • Tarikh pengkreditan bantuan ke dalam akaun S Pay Global.
  6. Semakan melalui Aplikasi S Pay Global
    • Muat turun dan log masuk ke aplikasi S Pay Global.
    • Pergi ke bahagian “Bantuan SKAS” untuk melihat status bantuan secara langsung.

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses semakan

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Spay Global melalui :

  • Talian Telefon : +6082-224599 atau
  • E-mel : [email protected]
  • Pergi ke Pejabat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak untuk bantuan secara fizikal.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment