SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 OGOS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 OGOS 2024 : CHECK SEKARANG

Sumbangan wang tunai STR yang disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa telah selesai dibayar kepada penerima bagi fasa pertama dan kedua. Kini adalah fasa ketiga yang mana telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan iaitu pada bulan Ogos 2024.

Bagaimanakah semak status bantuan str fasa 3 bulan Ogos? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM100 OGOS BOLEH MULA DISEMAK : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2024

Berikut merupakan jadual bayaran bantuan STR bagi tahun 2024 :

JADUAL BAYARANFASA
Februari 2024Pertama (1)
April 2024Kedua (2)
Ogos 2024Ketiga (3)
November 2024Keempat (4)

BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 3 OGOS 2024

Berikut merupakan anggaran bilangan penerima bantuan STR bagi Fasa ketiga :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Bujang (60 tahun ke atas)1.3 juta
Bujang (21 hingga 59 tahun)3.3 juta

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 OGOS 2024

Bayaran bantuan STR Fasa ketiga (3) dianggarkan seperti jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM150 hingga RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM150 hingga RM300
Bujang (60 tahun ke atas)RM150
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM50
*Nota : Bagaimanapun penerima perlu menyemak status untuk mengetahui jumlah bayaran yang bakal diterima.

SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 OGOS 2024

Ikuti cara semak status bantuan STR Fasa 3 pada bulan Ogos seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

Leave a Comment