SEMAKAN BANTUAN ASAS SARA 2025 : BAYARAN PERTAMA RM100 UNTUK PENERIMA BUKAN EKASIH – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan telah memperkenalkan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif bantuan tambahan yang diberikan setiap bulan sehingga RM200 melalui MyKad, bagi membantu penerima mendapatkan barangan keperluan asas.
Ingin mengetahui cara menyemak status penerima bantuan SARA 2025? Dapatkan maklumat lanjut di sini.
BACA JUGA DI SINI : JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 (2025) : TARIKH BAYARAN DAN SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS SARA STATUS BUKAN EKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Berstatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA BANTUAN INI DILAKSANAKAN
Program Bantuan Asas SARA akan dilaksanakan secara tanpa tunai, di mana bayaran akan dikreditkan terus ke MyKad penerima.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih, termasuk makanan, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, dan peralatan persekolahan di pasar raya terpilih. Pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan MyKad.
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS SARA MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN ASAS SARA PENERIMA BUKAN EKASIH
Penerima STR Sahaja (Bukan eKasih)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi penerima STR yang bukan eKasih akan diberikan secara bulanan mengikut jadual berikut:
- Januari – Mac 2025
- Peruntukan bagi bulan Januari hingga Mac hanya diberikan kepada penerima yang berstatus eKasih.
- Bagi penerima bukan eKasih, pembayaran akan bermula pada April 2025.
- April – Disember 2025
- Isi rumah (Ketua Keluarga): RM100 sebulan
- Warga emas tiada pasangan: RM50 sebulan
CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN ASAS SARA DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
- Aplikasi Touch ‘N Go Ewallet:
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Mesin Kiosk Touch ‘N Go:
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Mesin Tambah Nilai Di Stesen Minyak Atau Kedai Serbaneka:
- Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara