SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat yang berpendapatan rendah dalam kategori B40 dengan menawarkan pelbagai bantuan, antaranya ialah bantuan barang dapur sebanyak RM1,200. Bantuan khas untuk pembelian barang dapur ini merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan barang dapur b40 rm1200? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN MYKAD : CHECK SEKARANG
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Hanya senarai barang dapur (10 KATEGORI) di bawah yang diluluskan untuk membeli menggunakan bantuan seperti berikut :
BIL. | SENARAI BARANG DAPUR |
---|---|
1. | Beras |
2. | Roti |
3. | Telur |
4. | Minyak masak |
5. | Tepung |
6. | Biskut |
7. | Mee segera |
8. | Minuman |
9. | Makanan dalam tin |
10. | Bahan perasa |
SENARAI PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200
Penerima bantuan Barang Dapur B40 yang bernilai RM1,200 adalah seperti berikut :
PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Miskin Tegar | 0.2j penerima |
Miskin | 0.5j penerima |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM1200
Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima bantuan RM1,200 seperti :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus miskin / miskin tegar yang berada dalam data e-Kasih; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200
Bayaran bantuan sebanyak RM1,200 akan dibayar secara ansur yang dikreditkan melalui MyKad (Kad pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan bermula Januari 2024 hingga Disember 2024. Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barang dapur di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia. Rujuk senarai kedai di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=.
SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 2024
Untuk semakan bantuan barang dapur B40 RM1,200 hendaklah disemak melalui Portal rasmi seperti di bawah :
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang= |
- Sila klik pada pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.