SEMAKAN BANTUAN E WALLET 2025 : RM100 (B40)
Bantuan demi bantuan akan diberikan khas kepada golongan yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa (B40) untuk menampung kos sara hidup bagi sepanjang tahun 2025 termasuk bantuan yang berjumlah RM100 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan bantuan e wallet rm100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS STR 2025 : SEMAK BAYARAN FASA 1
APA ITU BANTUAN E WALLET RM100
Kerajaan akan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan untuk golongan B40 bagi sepanjang tahun 2025, termasuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan.
Namun, ianya bukanlah dikreditkan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet, tetapi dikreditkan ke dalam akaun kad pintar (MyKad) untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya seluruh Malaysia.
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN E WALLET 2025 RM100
Pemberian Bantuan RM100 kepada golongan B40 adalah selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- Selama 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
- Penerima Berstatus Bukan Miskin :
- Selama 9 bulan (April hingga Disember 2025).
KEGUNAAN BANTUAN E WALLET 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan RM100 setiap bulan untuk pembelian seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SEMAKAN BANTUAN E WALLET 2025
Ikuti cara semakan status sebagai penerima B40 seperti berikut :
- Layari laman rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.