SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1800 2024 : CHECK SEKARANG
Pemantauan pemberian bantuan kepada penerima bantuan yang berkesan di bawah data nasional termasuk bantuan eKasih yang diberi peruntukan oleh kerajaan bernilai sehingga RM700 juta khusus untuk individu bujang dan juga individu yang berkeluarga.
Bagaimanakah semakan bantuan ekasih rm1800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 150 MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
KADAR BANTUAN EKASIH 2024 YANG DISALURKAN
Amaun Bantuan eKasih yang bernilai RM1,800 akan dibahagikan mengikut kelayakan individu iaitu bagi individu bujang akan menerima bantuan sebanyak RM600 setahun dan bagi individu yang berkeluarga pula akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 setahun.
KELAYAKAN INDIVIDU | KADAR AMAUN BANTUAN EKASIH |
---|---|
Individu Bujang | RM600 setahun |
Individu Berkeluarga | RM1,200 setahun |
TARIKH BANTUAN EKASIH RM1800 2024 DISALURKAN
Bantuan eKasih bagi tahun 2024 ini akan disalurkan secara ansur berperingkat setiap bulan yang bermula sejak pertengahan bulan Januari dan seterusnya bakal disalurkan pula pada awal bulan Oktober ini kepada individu yang layak.
TARIKH BANTUAN EKASIH DISALURKAN | STATUS PENYALURAN |
---|---|
1 September 2024 | Telah disalurkan |
1 Oktober 2024 | Bakal disalurkan |
PROSES PENYALURAN BANTUAN EKASIH RM1800 2024
Berikut merupakan proses penyaluran Bantuan eKasih bagi tahun 2024 :
- Pemohon membuat pendaftaran;
- Bancian akan dibuat oleh e-Kasih;
- Bancian akan disemak dan disahkan (sekiranya layak);
- Akaun akan dibuka mengikut nombor kad pengenalan;
- Bantuan akan dikreditkan secara tunai atau tanpa tunai.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1800 2024
Ikuti cara semakan Bantuan eKasih RM1,800 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.