SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM900 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM900 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Melalui pengkalan data eKasih, kerajaan dapat mengenalpasti rakyat yang benar-benar layak mendapatkan bantuan tunai daripada kerajaan untuk sepanjang tahun ini dengan kadar yang sewajarnya untuk setiap kategori penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih rm900? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM450 BELI BARANG DAPUR : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM900 2024

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH 2024

Setiap isi rumah akan menerima bayaran Bantuan eKasih, namun tidak semua akan menerima RM900 kerana ia akan dibayar kepada setiap isi rumah mengikut jumlah seperti berikut :

  • Ketua isi rumah : RM600.
  • Ahli isi rumah : RM300.

CARA BAYARAN BANTUAN EKASIH RM900 2024

Bantuan eKasih akan dibayar kepada penerima melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
    • Bagi penerima yang tidak mempunyai sebarang akaun bank.
  2. Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima :
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM900 2024

Bantuan eKasih yang dibayar secara tunai ini adalah terhad kepada kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat atau menetap di Sabah atau Sarawak;
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; serta
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment