SEMAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK NAMA PENERIMA
Memperluaskan capaian program bantuan yang dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet agar lebih ramai rakyat yang dapat sama menerima manfaat bantuan ini. Keutamaan diberikan kepada rakyat yang merupakan golongan B40.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet b40 rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN : CHECK NAMA PENERIMA
OBJEKTIF PENYALURAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN 2024
Bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi kehidupan masa kini. Objektif utamanya adalah untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah menampung kos pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan e-Wallet :
- Beras;
- Mi / Bihun;
- Roti;
- Biskut;
- Telur;
- Gula dan Garam;
- Tepung;
- Minyak Masak;
- Sayur-Sayuran;
- Daging ayam, Lembu, Kambing dan Ikan;
- Rempah Ratus, Sos, Kicap dan sebagainya;
- Produk Tenusu (Susu);
- Lampin Pakai Buang;
- Ubat-ubatan;
- Sabun, Kelengkapan Mandian, dan Bahan Pencuci;
- Barangan Persekolahan; dan
- Perihal Pendidikan.
PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2024
Cara menggunakan bantuan dalam aplikasi e-Wallet adalah mengikut prosedur seperti berikut :
- Apabila permohonan telah diluluskan, pemohon perlu memuat turun aplikasi e-Wallet [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit;
- Akaun e-Wallet pemohon akan diaktifkan dan amaun bantuan akan dimasukkan;
- Pemohon perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Kemudian, pemohon haruslah memilih baradangan keperluan asas yang ingin dibeli;
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR e-Wallet.
- Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
- Resit serta baki bayaran akan diberikan.
*Nota : Baki yang tidak habis digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi hanya terhad RM600 sahaja.
SEMAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN 2024
Untuk mengetahui kelayakan penerima, ikuti cara semakan di laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib berikut :
- Talian hotline : 1-800-22-6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/pengenalan.