SEMAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan Ewallet Madani atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan.
SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Disini kami akan kongsikan cara semakan status dan panduan menggunakan bantuan Ewallet Madani 2025.
Baca Juga : Semakan PLKN Siri 3 2025
Jumlah Bantuan Ewallet Madani 2025
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan Ewallet 2025 :
Kategori Penerima | Kadar Agihan | Jumlah Bantuan |
---|---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 (Jan – Mac) RM200 (April – Disember) | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin & Miskin Tegar | RM100 (Jan – Mac) RM150 (April – Disember) | RM1,650 |
Bujang Berumur 21-59 Tahun (Miskin & Miskin Tegar) | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) | RM100 (April – Disember) | RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (Asas Bukan Miskin) | Rm50 (April – Disember) | RM450 |
Semakan Status Bantuan Ewallet Madani 2025
Untuk mengetahui status penerima layak atau tidak, semakan status boleh dilakukan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi STR.
Ikuti kedua-dua panduan cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
Panduan Menggunakan Bantuan Ewallet Madani 2025
Kaedah menggunakan bantuan Ewallet untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Cara Semakan Baki Bantuan Ewallet 2025
Semakan baki bantuan Ewallet boleh disemak melalui kaedah berikut :
- Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Semakan melalui aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
- Resit pembelian :

Senarai Barangan Ewallet 2025
Berikut 13 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Ewallet :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.