SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Sepanjang tahun, Kerajaan negeri akan memperuntukan hampir RM108 juta untuk disalurkan bantuan tunai menerusi aplikasi e-Wallet. Bantuan yang berjumlah RM300 adalah khas untuk 30,000 pemohon yang terawal dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan setiap tahun.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet RM300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI : SEMAK SEKARANG

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300 2024

Kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan tunai ke dalam aplikasi e-Wallet adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan. Disamping itu juga, melalui aplikasi e-Wallet dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan tersebut untuk pelbagai transaksi.

MANFAAT PENYALURAN BANTUAN EWALLET RM300 2024

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh penerima daripada penyaluran bantuan ini :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2024

Berikut adalah cara-cara menggunakan bantuan RM300 dalam aplikasi e-Wallet :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2024

Ikuti cara semakan bantuan e-Wallet RM300 di puatan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment