SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kerajaan telah memperkenalkan bantuan Sara pada tahun 2023 dan meneruskan pemberian bantuan Sara bagi tahun 2024 dengan menambah jumlah bantuan serta memperluaskan pemberian kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, peningkatan peruntukan sehingga lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Bagaimanakah semakan bantuan kerajaan sara? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA DAFTAR MYKASIH : MOHON ONLINE SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN KERAJAAN SARA 2024

Pada tahun 2023, hanya 210,000 sahaja rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Sara. Namun bagi tahun 2024, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada hampir 8.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengikut kategori yang diasingkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Kategori Miskin Tegar0.2 juta
Kategori Miskin0.5 juta
Kategori Asas8.0 juta

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2024

Pemberian bantuan Sara hanyalah bernilai RM600 sahaja. Namun bagi tahun 2024, Kerajaan telah menambah nilai bantuan mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI
ISI RUMAH
KATEGORI
WARGA EMAS
KATEGORI
BUJANG
Miskin Tegar
RM1,200
Miskin Tegar
RM1,200
Miskin Tegar
RM600
Miskin
RM1,200
Miskin
RM1,200
Miskin
RM600
Asas
RM300
Asas
RM150
Asas
RM150

TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2024

Kerajaan telah menetapkan tarikh agihan bantuan Sara bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Setiap bulan bermula 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024.
  2. Penerima yang beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dua kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2024

Ikuti cara semakan bantuan Sara di pautan Portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment