SEMAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Di bawah program bantuan ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar sebanyak RM100 setiap bulan dan baki lebihan daripada pembelian sebelum ini akan dibawa ke bulah seterusnya.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad 100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 : CHECK STATUS SEKARANG

BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024

Pelaksanaan Bantuan RM100 MyKad akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN

Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan dalam MyKad :

  1. Pilih Barangan Keperluan :
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan :
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan :
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad :
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan :
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

APAKAH YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. (Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima).

DIMANAKAH BOLEH DIGUNAKAN BANTUAN MYKAD

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

BILAKAH TARIKH LUPUT BANTUAN MYKAD

Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan Bantuan MyKad seperti langkah berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment