SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Sebuah inisiatif bantuan oleh kerajaan yang unik iaitu bantuan yang disalurkan melalui Mykad (kad pengenalan) rakyat. Namun, bantuan ini hanya terhad kepada golongan bukan T20 yang bertujuan untuk menyasarkan mengangkat taraf ekonomi rakyat.

Bagaimanakah semakan bantuan Mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 : CHECK SEKARANG

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Terdapat tiga (3) kategori mengikut tiga (3) kelayakan yang berbeza seperti berikut :

BIL.KELAYAKANKATEGORI PENERIMA
1.Miskin TegarIsi Rumah, Warga Emas dan Bujang
2.Miskin e-KasihIsi Rumah, Warga Emas dan Bujang
3.AsasIsi Rumah, Warga Emas dan Bujang

KADAR BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Bagi tahun 2024, kadar bilangan penerima semakin bertambah sehingga lima (5) kali ganda. Oleh kerana, kerajaan ingin meluaskan capaian bantuan ini. Kadar bilangan bagi kelayakan miskin tegar adalah seramai 210 ribu, manakala bagi kelayakan miskin e-Kasih pula seramai 500 ribu dan bagi kelayakan asas adalah seramai 8 juta.

AMAUN BANTUAN MYKAD UNTUK SETIAP PENERIMA

Setiap penerima akan menerima amaun yang berbeza seperti berikut :

MISKIN TEGARMISKIN EKASIHMISKIN ASAS
ISI RUMAH :
RM1,200
ISI RUMAH :
RM1,200
ISI RUMAH :
RM300
WARGA EMAS :
RM1,200
WARGA EMAS :
RM1,200
WARGA EMAS :
RM150
BUJANG :
RM600
BUJANG :
RM600
BUJANG :
RM150
*Nota : Jadual di atas adalah amaun yang disalurkan selama setahun.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD

Penerima hanya dibenarkan untuk membuat pembelian tanpa tunai di mana-mana 600 kedai terpilih dan mengikut kategor barangan yang dibenarkan seperti berikut :

BIL.KATEGORI KEGUNAANSENARAI BARANGAN
1.Pembelian barangan
keperluan
asas dapur
beras, roti, telur, minyak masak,
tepung, biskut, mi segera, minuman,
makanan dalam tin,
bahan perasa
2.Pembelian barangan
keperluan
persekolahan
alat tulis, baju, kasut sekolah
3.Lain-lain barangan keperluankelengkapan kebersihan dan
ubat-ubatan

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment