SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Mungkin ramai diantara rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Kerajaan prihatin terhadap apa yang dilalui rakyat, justeru Kerajaan menawarkan pelbagai inisiatif bantuan termasuk bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM1,200.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD RM1200

Bantuan Mykad ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu sumbangan tambahan RM1,200 kepada penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

BILAKAH BANTUAN MYKAD RM1200 MASUK

Bantuan sebanyak RM1,200 akan dikreditkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima yang layak bermula Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan sehingga Disember 2024.

APAKAH BARANG BANTUAN MYKAD

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel MyKasih pada rak tanda harga di kedai-kedai terpilih untuk rujukan penerima.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD

  1. Pilih Barangan Keperluan : Pilih berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan : Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan : Juruwang mengimbas setiap barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad : Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Anda boleh membuat semakan bantuan dengan menggunakan Nombor MyKad anda di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Email : [email protected]
  • Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment