SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

MyKad yang berfungsi sebagai kad pintar yang juga boleh digunakan untuk menerima bantuan daripada Kerajaan dan setiap penerima yang layak boleh menggunakannya untuk pembelian tanpa tunai (paywave) sama seperti kad bank boleh digunakan di mana-mana kedai atau pasaraya seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad rm600 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM1800 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

CARA BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024 DISALURKAN

Bantuan yang berjumlah RM600 akan disalurkan ke dalam MyKad penerima secara beransur-ansur sebanyak RM50 sebulan selama tempoh 12 bulan (setahun) dan sekiranya penerima tidak menggunakannya, baki akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga bernilai RM600.

TARIKH BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024 DISALURKAN

Tarikh terbaru penyaluran Bantuan MyKad yang bernilai RM600 adalah bermula pada 1 September 2024 (Ahad) baru-baru ini yang dijangka akan berterusan sehingga ke penghujung bulan September dan diteruskan ke bulan Oktober.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024

Penerima hanya boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli barang dapur, membeli barangan kelengkapan kebersihan serta ubat-ubatan dan juga boleh membeli peralatan persekolahan yang diperlukan setiap bulan.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024

Bantuan MyKad yang berjumlah RM600 adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Bujang belum berkahwin / Janda atau duda tiada anak;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan MyKad berjumlah RM600 yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa tanda (-).
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment