SEMAKAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK NAMA PENERIMA
Sambutan yang positif daripada penerima yang lepas telah diambil kira oleh Kerajaan. Justeru, Kerajaan menyasarkan semula subsidi dan hasil penjimatan daripada itu akan disalurkan menerusi bantuan dalam Mykad kepada lebih ramai penerima terbaru setiap bulan.
Bagaimanakah semakan bantuan mykad terbaru rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH TERBARU PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Pengkreditan bantuan RM100 ke dalam Mykad adalah mengikut tarikh terbaru seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | AMAUN BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01.06.2024 | RM100 |
2. | 01.07.2024 | RM100 |
3. | 01.08.2024 | RM100 |
4. | 01.09.2024 | RM100 |
5. | 01.10.2024 | RM100 |
6. | 01.11.2024 | RM100 |
7. | 01.12.2024 | RM100 |
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Sebelum ini jumlah penerima bantuan dalam Mykad hanyalah seramai 0.2 juta sahaja. Namun, jumlah terbaru kini adalah seramai 0.7 juta dan dianggarkan akan bertambah sehingga 8.7 juta penerima sehingga ke penghujung tahun ini.
KELAYAKAN KHAS PENERIMA TERBARU BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima terbaru dipilih daripada kelayakan khas yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan tinggal di Semenanjung Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan ke atas;
- Pendapatan kasar bawah RM2,500 sebulan;
- Status berkeluarga atau bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
- Mempunyai data diri di bawah e-Kasih.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024
Sekiranya anda memenuhi kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat semakan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan penerima terbaru di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan anda dengan betul pada ruangan yang disediakan.
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Dalam Mykad (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.