SEMAKAN BANTUAN MYSTR : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYSTR : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Seperti yang telah diketahui, Bantuan MySTR adalah merupakan Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan kepada penerima secara berperingkat sepanjang tahun dengan kadar antara RM350 sehingga RM2,500 mengikut kelayakan.

Bagaimanakah semak bantuan mystr? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM450 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG

JADUAL SUMBANGAN BANTUAN MYSTR

Berikut merupakan jadual sumbangan Bantuan MySTR kepada penerima pada tahun ini :

BIL.TARIKH SUMBANGANFASA
1.Februari 2024Pertama
2.April 2024Kedua
3.September 2024Ketiga
4.November 2024Keempat
*Nota : Mengikut jadual di atas, kini adalah sumbangan untuk fasa ketiga pada bulan September.

KADAR SUMBANGAN BANTUAN MYSTR

Bantuan MySTR akan disumbangkan kepada penerima mengikut kadar seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR SUMBANGAN
Isi Rumah B40Fasa 1 : RM500
2 : RM150 hingga RM650
3 : RM150 hingga RM650
4 : RM200 hingga RM700
Isi Rumah M40Fasa 1 : RM100 hingga RM300
2 : RM100 hingga RM300
3 : RM150 hingga RM300
4 : RM150 hingga RM350
*Nota : Kadar sumbangan untuk isi rumah adalah ditentukan berdasarkan bilangan anak.
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR SUMBANGAN
Bujang BeliaFasa 1 : RM100
2 : RM100
3 : RM50
4 : RM100
Bujang Warga EmasFasa 1 : RM150
2 : RM150
3 : RM150
4 : RM150

CARA SUMBANGAN BANTUAN MYSTR

Sumbangan Bantuan MySTR adalah tertakuk kepada penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA SUMBANGAN BANTUAN MYSTR
Penerima ada akaun bankDikreditkan ke dalam akaun yang
telah didaftarkan
Penerima tiada akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN BANTUAN MYSTR

Untuk mengetahui status penerima Bantuan MySTR, semakan boleh dibuat pada pautan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR; atau klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment