SEMAKAN BANTUAN PENGELUARAN KWSP 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Mungkin ramai yang menyangka pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah atau setelah mencecah usia 60 tahun. Untuk pengetahuan umum, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.
Bagaimanakah semakan bantuan pengeluaran kwsp? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PENGELUARAN KWSP 2024
Bantuan pengeluaran KWSP adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2; dan
- Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2.
JENIS PENGELUARAN KWSP 2024
Pengeluaran KWSP terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Pengeluaran Sebahagian dan Pengeluaran Penuh seperti berikut :
- Pengeluaran Sebahagian :
- Untuk Pendidikan.
- Untuk Beli Rumah.
- Untuk Bina Rumah.
- Untuk Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
- Untuk Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
- Untuk Perumahan Fleksibel.
- Untuk Perumahan PR1MA.
- Untuk Haji.
- Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta.
- Pengeluaran Penuh :
- Umur 55 dan Umur 60.
- Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan.
- Hilang Upaya.
- Meninggalkan Negara.
- Kematian.
SYARAT PENGELUARAN KWSP
Setiap bahagian yang dinyatakan di atas mempunyai syarat pengeluaran yang berbeza. Rujuk syarat pengeluaran yang anda inginkan di sini : https://www.kwsp.gov.my/finlithub.
SEMAKAN BANTUAN PENGELUARAN KWSP 2024
Ikuti cara semakan kelayakan pengeluaran KWSP 2024 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
- Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
- Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
- Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
- Status kelayakan pengeluaran akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman pertanyaan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.