SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC 2025 : CHECK STATUS SEKARANG
Identity Card (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia adalah dicipta berasaskan cip yang membolehkan ia menjadi kad pintar untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk penerimaan bantuan daripada kerajaan yang boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan bantuan rm1200 dalam ic? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E WALLET : RM300 (B40 & M40)
PENGENALAN BANTUAN DALAM IC 2025
Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Dalam IC sejak Jun 2023 dan diteruskan pada tahun 2024 dan juga akan diteruskan pada tahun 2025 bagi membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat tanpa sebarang ketirisan.
Melalui inisiatif Bantuan Dalam IC, penerima dapat membuat pembelian barangan keperluan asas yang diperlukan setiap bulan dengan mudah secara tanpa tunai (cashless) hanya dengan menggunakan IC sahaja.
PERUNTUKAN BANTUAN DALAM IC 2025
Kadar peruntukan Bantuan Dalam IC akan bertambah pada setiap tahun yang mana pada mulanya 2023 bantuan hanya disalurkan kepada 0.2 juta penerima sahaja, seterusnya dinaikkan kepada 0.7 juta penerima pada tahun 2024 dan pada tahun 2025 akan dinaikkan sehingga 5.4 juta penerima.
TAHUN PENYALURAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima |
2024 | 0.7 juta penerima |
2025 | 5.4 juta penerima |
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN DALAM IC 2025
Tidak semua penerima akan menerima Bantuan Dalam IC dengan jumlah sebanyak RM1,200, namun kerajaan akan menyalurkan Bantuan Dalam IC mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DALAM IC 2025 |
---|---|
Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200; Warga Emas : RM1,200; Bujang : RM600. |
Penerima Berstatus Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900; Warga Emas : RM450; Bujang : RM0. |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut akan layak menerima Bantuan Dalam IC pada tahun 2025 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (Kategori : Isi Rumah / Warga Emas / Bujang);
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam IC pada tahun 2025, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit *Nombor Kad Pengenalan (IC) tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang telah ditetapkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pula pada butang [Log Masuk].
- ‘Profile Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian tengah.
- Status kelayakan [Sumbangan Asas Rahmah ‘Lulus’] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.