SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025 : CHECK STATUS SEKARANG
Pada penerimaan Bantuan Dalam MyKad yang lalu, ianya hanya dapat dinikmati oleh 700,000 ribu sahaja. Namun kerajaan akan meluaskan inisiatif ini pada tahun 2025 kepada lebih ramai penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah semakan bantuan rm1200 dalam mykad? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN TUNAI SARA ONE OFF RM300 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja akan layak menerima Bantuan Dalam MyKad yang berjumlah RM1,200 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan STR 2025;
- Pendapatan individu / isi rumah di bawah garis PGK semasa;
- Berdaftar dengan e-Kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD 2025 DISALURKAN
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Dalam MyKad pada tahun 2025 mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 |
BUJANG | RM600 |
WARGA EMAS | RM1,200 |
- Penerima Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 |
BUJANG | RM0 |
WARGA EMAS | RM450 |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Penyaluran Bantuan Dalam MyKad adalah secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Januari hingga Disember 2025 |
Bukan Miskin | April hingga Disember 2025 |
SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Bagi individu yang belum membuat sebarang permohonan, ikuti cara memohon di bawah :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tandakan [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
PENDAFTARAN BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025
Untuk menerima Bantuan berjumlah RM1,200 dalam MyKad, individu hendaklah mendaftarkan diri melalui cara seperti berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui talian e-Kasih; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.