SEMAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Setiap bulan penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet (bukan Mykad). Bantuan ini adalah usaha daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) khas untuk 30,000 keluarga di Selangor.
Bagaimanakah semakan bantuan rm300 setiap bulan mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD : CHECK SEKARANG
CARA BAYARAN BANTUAN RM300
Berikut merupakan cara bayaran bantuan RM300 kepada penerima yang layak seperti di bawah :
CARA PENERIMAAN BANTUAN RM300 |
---|
Akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet SELANGKAH (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan. |
MANFAAT BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
MANFAAT BANTUAN RM300 SETIAP BULAN |
---|
e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar (Terdapat lebih 1,000 kedai yang berdaftar bantuan ini) |
Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet). |
RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas. |
Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan. |
e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik. |
CARA KEGUNAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
- Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
- Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
- Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
- Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
- Semak baki pada resit pembelian.
SEMAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN MYKAD 2024
- Untuk semakan, sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat.