SEMAKAN BANTUAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Manfaat Bantuan Sara akan dirasai oleh seramai 0.7juta rakyat Malaysia yang berstatus miskin dan miskin tegar melalui data daripada eKasih dan JKM berbanding tahun lepas hanya 0.2juta penerima sahaja. Oleh yang demikian, ia melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Bagaimanakah semakan bantuan sara? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA

Bantuan Sara ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2024

Adalah terhad kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut :

TARIKH
BAYARAN
JUMLAH
Januari 2024RM100
Februari 2024RM100
Mac 2024RM100
April 2024RM100
Mei 2024RM100
Jun 2024RM100
Julai 2024RM100
Ogos 2024RM100
September 2024RM100
Oktober 2024RM100
November 2024RM100
Disember 2024RM100
Nota : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehingga 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

KEGUNAAN BANTUAN SARA

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

SARA mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas RUJUK DI SINI.

SEMAKAN BANTUAN SARA 2024

Untuk semakan hendaklah disemak melalui pautan Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS SARA
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan Semakan Status Sara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment