SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sebanyak 5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang terdiri daripada 4.7 juta penerima baharu yang bukan daripada senarai eKasih dan 0.7 juta penerima sedia ada yang berstatus eKasih, adalah layak untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan asas yang akan bermula pada tahun 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status kelayakan SARA MyKasih 2025, ikuti info lanjut disini.
Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA :
Penerima Sedia Ada
- Berstatus Miskin/Miskin eKasih yang terdapat dalam rekod data eKasih.
- Lulus dan merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang.
Penerima Baharu
- Bukan daripada senarai eKasih.
- Lulus dan merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA MyKASIH 2025
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Kategori Penerima STR & eKasih
- Isi Rumah – RM2100
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
- Bujang – RM600
- Kategori Penerima STR sahaja
- Isi Rumah – RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi MyKasih.
- Portal Rasmi MySTR.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih di pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Seterusnya, tekan butang [Semak Status].
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik butang [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan sebagai :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Proses selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik butang [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik butang [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan sebagai:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Proses selesai.
SENARAI BARANG SARA MYKASIH 2025
Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah : Sabun / Serbuk pencuci pakaian, lantai, pinggang mangkuk
MALUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.