SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)
Semak status bantuan SARA 2026 sekarang melalui portal MyKasih atau portal rasmi MySTR.

Berikut ialah maklumat terkini tentang SARA 2026, termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan, cara pembayaran dan cara membuat semakan.
APA ITU SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan kos sara hidup daripada kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif payung “Rahmah”. Program ini akan diteruskan pada tahun 2026 dengan penambahbaikan daripada tahun 2025, termasuk lebih ramai penerima dan jumlah bantuan yang lebih tinggi.

Penerima yang layak akan mendapat bantuan dalam bentuk kredit tunai tanpa tunai yang terus dimasukkan ke dalam MyKad mereka. Kredit ini boleh dimanfaatkan untuk membeli barang keperluan asas di kedai dan pasar raya yang telah berdaftar.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bekerjasama dengan Yayasan MyKasih untuk menguruskan program ini. Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat menjelang 2026.
Baca Juga : Cara Kemaskini STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)
KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
- Penerima STR : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 disasarkan kepada mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Seramai sembilan juta rakyat Malaysia yang berjaya menerima STR dalam kategori isi rumah, warga emas, atau bujang akan layak menerima SARA 2026 secara automatik.
- Golongan Miskin Tegar (e-Kasih) : Kira-kira satu juta penerima STR yang juga berdaftar di bawah pangkalan data e-Kasih (golongan miskin dan miskin tegar) akan menerima kadar SARA yang dipertingkatkan secara automatik. Ini bermakna isi rumah yang tersenarai dalam e-Kasih dan berjaya menerima STR akan mendapat bantuan SARA yang lebih tinggi.
KADAR BANTUAN SARA 2026
Berikut ialah kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026, yang dibahagikan mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah (STR B40) : Keluarga yang layak menerima STR 2026 (berpendapatan rendah B40) akan dapat SARA sebanyak RM100 setiap bulan, menjadikan RM1,200 setahun. Jumlah ini diberi kepada setiap keluarga B40 yang layak, tanpa mengira berapa orang anak.
- Isi Rumah Miskin Tegar (e-Kasih) : Penerima STR yang termasuk dalam senarai e-Kasih akan menerima SARA sehingga RM200 sebulan, iaitu RM2,400 setahun. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada kadar biasa, sebagai bantuan tambahan untuk golongan miskin tegar.
- Individu Bujang & Warga Emas : Golongan bujang yang layak menerima STR (individu dewasa berpendapatan rendah, termasuk warga emas tanpa pasangan) akan menerima SARA sebanyak RM50 setiap bulan, bersamaan RM600 setahun.

- Penghargaan SARA RM100 : Selain bantuan bulanan di atas, setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM100 sekali sahaja “one-off” pada tahun 2026 (sebagai penghargaan SARA).

JADUAL PEMBAYARAN SARA 2026
Agihan SARA 2026 akan bermula pada awal tahun 2026, dengan bantuan diberikan setiap bulan kepada penerima yang layak. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, bantuan bulanan pertama untuk semua penerima STR yang layak SARA bermula pada Januari 2026.
Ini lebih baik berbanding tahun 2025, di mana hanya penerima e-Kasih yang menerimanya bermula Januari 2025, manakala yang lain bermula April 2025. Pada tahun 2026, semua kategori yang layak akan terus menerima SARA dari awal tahun.
SEMAKAN BANTUAN SARA 2026
Berikut ialah panduan lengkap untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, termasuk cara menyemak kelayakan, baki kredit MyKad dan status pembayaran.
Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih
Portal MyKasih ialah platform utama untuk menyemak status penerima SARA 2026. Semua penerima STR yang memenuhi syarat akan disenaraikan secara automatik di portal ini.
Langkah-langkah semakan :
- Lawati portal MyKasih di pautan : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang).
- Klik butang “Semakan Status”.
- Keputusan akan menyatakan :
- Status kelayakan (“Layak” / “Tidak Layak”)
- Nama penuh penerima
- Baki kredit SARA dalam MyKad
- Tarikh bantuan mula dikreditkan

Nota : Jika status “Tidak Layak” dipaparkan, tetapi anda ialah penerima STR, pihak MyKasih dan LHDNM akan membuat semakan semula secara automatik.
Semakan SARA Melalui Portal MySTR (LHDNM)
Para penerima juga boleh menyemak SARA melalui portal MySTR, iaitu laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan ID MySTR dan kata laluan anda.
- Pilih menu “Semakan Permohonan“
- Akan dipaparkan sama ada anda layak menerima SARA atau tidak dan jumlah bantuan.

Nota : Jika nama anda ada dalam senarai penerima STR 2026, anda layak menerima SARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Semak Melalui Portal Rasmi SARA
Portal Rasmi SARA turut menyediakan pautan semakan dan maklumat mengenai kedai yang mengambil bahagian dalam program ini.
- Layari portal rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my
- Klik menu “Semakan Kelayakan”.
- Anda akan dibawa ke pautan semakan MyKasih seperti di atas.
- Gunakan nombor MyKad anda untuk menyemak status terkini.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN SARA DENGAN MYKAD
Di bawah adalah langkah ringkas tentang cara menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima :
- Pilih Barang Keperluan
- Pilih barang keperluan yang anda ingin beli. Ada 14 kategori yang dibenarkan oleh SARA, contohnya beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, kelengkapan sekolah, ubat, bahan perasa, biskut, mi segera dan produk kebersihan rumah. Pastikan barang-barang ini ada label SARA pada rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad di Kaunter
- Semasa membuat bayaran, berikan MyKad anda kepada juruwang supaya mereka dapat sahkan status penerima SARA anda.
- Imbas Kod Barang
- Juruwang akan imbas setiap barang yang telah anda pilih untuk pastikan ia termasuk dalam kategori barang yang dibenarkan di bawah program tersebut.
- Bayar Guna MyKad
- Selepas semua barang diimbas, bayaran akan dibuat dengan menggunakan MyKad anda. Jumlah pembelian akan ditolak terus daripada kredit SARA yang ada.
- Simpan Resit
- Simpan resit anda untuk semakan atau rujukan transaksi pembelian pada masa akan datang.

SENARAI KATEGORI BARANGAN SARA
Terdapat 14 kategori barangan diluluskan, merangkumi lebih 100,000 produk asas seperti :
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.
Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.
KESIMPULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah usaha kerajaan untuk bantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana tanggung kos hidup. Dengan adanya cara semakan SARA 2026 secara online, penerima boleh semak status, kelayakan dan baki kredit MyKad dengan senang dan cepat melalui laman web rasmi seperti MyKasih dan MySTR.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, penerima boleh layari atau hubungi :
- Talian Hotline MyKasih : 03-7720 1800
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my