SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 : CHECK SEKARANG
Ramai antara rakyat Malaysia di bandar mahupun luar bandar yang terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi. Kerajaan amat prihatin akan nasib rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Justeru, Kerajaan mewujudkan Bantuan Sara Hidup yang disalurkan dalam bentuk tunai kepada 60% rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semakan bantuan sara hidup? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN SARA HIDUP 2024
Bantuan Sara Hidup yang disalurkan kepada rakyat ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berserta bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan yang disalurkan ini adalah secara berperingkat dan bersasar oleh kerana penyasaran semula subsidi yang dilakukan Kerajaan dapat diberikan kepada rakyat sebagai bantuan sara hidup.
BILAKAH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Bayaran Bantuan Sara Hidup bagi Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berfasa (4 fasa) iaitu pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024. Namun, bayaran bagi Sumbangan Asas Rahmah adalah setiap bulan (bagi penerima Semenanjung Malaysia) bermula Januari sehingga Disember 2024 dan bagi penerima Sabah, Sarawak dan W.P Labuan pula adalah dua kali setahun iaitu pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup adalah berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada anak : RM1,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 1-2 anak : RM1,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 3-4 anak : RM2,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 5 ke atas : RM2,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM500 dan tambahan RM300.
- 1-2 anak : RM750 dan tambahan RM300.
- 3-4 anak : RM1,000 dan tambahan RM300.
- 5 ke atas : RM1,250 dan tambahan RM300.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600 dan tambahan RM150 atau RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- Kategori Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan :
- RM350 dan tambahan RM150 atau RM600 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup :
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.