SEMAKAN BANTUAN STR (FASA 3 2024)

SEMAKAN BANTUAN STR (FASA 3 2024)

Berita baik kepada 8.5 juta rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana, Kementerian Kewangan (MOF) telahpun mengumumkan bahawa bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga (3) akan mula dikreditkan pada hari ini (29 Ogos 2024).

Bagaimanakah semakan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : RASMI SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI : CHECK STATUS SEKARANG

IMPLIKASI KEWANGAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan kadar implikasi kewangan untuk penerima STR fasa ketiga (3) :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH
PENERIMA
KADAR IMPLIKASI
KEWANGAN
Isi Rumah B403.0 jutaRM1.1 billion
Isi Rumah M401.0 jutaRM0.2 billion
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
1.2 jutaRM0.2 billion
Bujang
(60 tahun ke atas)
3.3 jutaRM0.2 billion
*Nota : Terdapat pertambahan penerima baharu seramai 0.1 juta.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan STR yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN STR
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH
BANTUAN STR
(PENERIMA BAHARU)
Isi Rumah B40RM150 hingga RM650RM800 hingga RM1,800
Isi Rumah M40RM150 hingga RM300RM450 hingga RM900
*Nota : Jumlah bantuan adalah tertakluk kepada bilangan anak. Bagaimanapun jumlah di atas hanyalah anggaran dan penerima perlu membuat semakan di Portal Rasmi STR.
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN STR
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH
BANTUAN STR
(PENERIMA BAHARU)
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM50RM250
Bujang
(60 tahun ke atas)
RM150RM450

PORTAL RASMI SEMAKAN STR 2024

Semakan fasa tiga (3) hanya boleh dibuat pada pautan Portal Rasmi STR berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi MySTR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan STR fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR pada pautan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MySTR.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa – (contoh : 780230115678).
  4. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
  6. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, sila klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment