SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024 RM1200 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024 RM1200 : CHECK SEKARANG

Dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, setiap penerima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dari pelbagai kategori iaitu isi rumah miskin/ miskin tegar, isi rumah asas, warga emas dan bujang juga akan menerima bantuan tunai tambahan setiap bulan iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah).

Bagaimanakah semakan bantuan tambahan str 2024 rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN E KASIH RM1200 : CHECK SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN

Berikut merupakan kaedah pelaksanaan / pengkreditan bantuan tambahan str seperti di bawah :

JENIS BANTUANKAEDAH PELAKSANAAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Dikreditkan ke dalam MyKad
penerima setiap bulan sebanyak
RM100 selama 12 bulan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Dikreditkan ke dalam akaun bank
penerima secara berfasa mengikut
amaun yang ditetapkan setiap kategori.

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR

Bantuan tambahan STR dibayar mengikut jumlah berdasarkan kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi Rumah AsasRM300
STR Warga EmasRM150
STR BujangRM150

CARA PENGGUNAAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Bantuan tambahan STR atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan khas untuk membeli barang keperluan asas dapur seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk senarai kedai di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

Untuk semakan bantuan tambahan STR hanya boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada puatan di atas.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih dan ucapan belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment