SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH : CHECK STATUS BAYARAN STR FASA 4
Pastinya ramai penerima yang tertanya-tanya status bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) fasa keempat yang akan diterima, yang mana bayarannya seperti yang dijadualkan akan bermula pada 7 November 2024, Khamis (hari ini) secara berperingkat.
Bagaimanakah semak bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN : SEMAK STATUS BAYARAN
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Terdapat dua (2) kaedah penerimaan Bantuan Tunai Rahmah, iaitu :
KAEDAH PENERIMAAN | JENIS PENERIMA |
---|---|
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Tiada maklumat perbankan / status ‘Gagal Kredit’ |
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan | Mempunyai akaun bank |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Tunai Rahmah fasa keempat :
TARIKH BAYARAN | KAEDAH PENERIMAAN |
---|---|
7 November 2024 | Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
7 November 2024 hingga 14 November 2024 | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
KADAR AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah fasa empat mengikut kadar amaun seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM350 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM150 |
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) fasa empat, sila semak pada pautan di bawah :
- Sila klik pada pautan laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
- [Frasa Keselamatan] pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.