SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Jadual bayaran bantuan tunai STR telah diaturkan oleh Kementerian Kewangan yang mana bantuan akan disalurkan secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan dan kini fasa ketiga (3) bakal disalurkan pada bulan ini.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 : SEMAK SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Oleh kerana permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima juga dijangka meningkat mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta
Warga Emas (Bujang)1.3 juta
Bujang (21 hingga 59 tahun)3.3 juta

MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Setelah tarikh bayaran STR fasa tiga (3) diumumkan secara rasmi, bantuan akan dikreditkan mengikut masa setiap bank seperti berikut :

BIL. SENARAI NAMA BANKMASA BAYARAN
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6:00 petang
2.MayBankSelepas 9:00 malam
3.Bank MuamalatSelepas 10:00 malam
4.Affin BankSelepas 8:00 malam
5.RHB BankSelepas 9:00 malam
6.Cimb BankSelepas 9:00 malam
7.Bank IslamSelepas 8:00 malam
8.AmbankSelepas 8:00 malam

JUMLAH AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran jumlah amaun bayaran STR fasa ketiga (3) yang akan disalurkan kepada penerima yang telah menerima bantuan bagi fasa satu (1) dan dua (2) :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH AMAUN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas (Bujang)RM150
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM100

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status bantuan tunai STR bagi fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima bayaran fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment