SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 SUDAH BOLEH DILAKUKAN : CHECK ONLINE SEKARANG
Semua pemohon bantuan tunai STR bagi tahun 2024 sudah boleh mula melakukan semakan untuk fasa ketiga (3) kerana portal rasmi semakan telah dibuka seiring dengan tarikh penyaluran yang dijadualkan pada bulan Ogos ini.
Bagaimanakah semakan bantuan tunai str fasa 3 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BILAKAH SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : CHECK SEKARANG
TARIKH SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Berikut merupakan tarikh kemasukan dan semakan bantuan tunai STR fasa ketiga (3) :
- Penerima Sedia Ada :
JENIS PENYALURAN | TARIKH BANTUAN STR FASA 3 |
---|---|
Ke dalam akaun bank penerima | 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 |
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 29 Ogos 2024 |
- Penerima Baharu & Rayuan :
JENIS PENYALURAN | TARIKH BANTUAN STR FASA 3 |
---|---|
Ke dalam akaun bank penerima | 18 September 2024 hingga 20 September 2024 |
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 18 September 2024 |
MASA SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Setiap penerima boleh mula membuat semakan mengikut masa setiap bank yang didaftarkan daripada tarikh tersebut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Bantuan tunai STR fasa ketiga (3) akan diberikan mengikut kadar amaun setiap penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN STR FASA 3 (PENERIMA SEDIA ADA) | KADAR AMAUN STR FASA 3 (PENERIMA BARU & RAYUAN) |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 | 0 anak : RM*00 1-2 anak : RM*,*00 3-4 anak : RM*,*00 5 ke atas : RM*,*00 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 | 0 anak : RM*00 1-2 anak : RM*00 3-4 anak : RM*00 5 ke atas : RM*,*00 |
Warga Emas | RM150 | RM*00 |
Bujang | RM50 | RM*00 |
SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 SUDAH BOLEH DILAKUKAN
Ikuti cara semakan bantuan tunai STR fasa tiga (3) 2024 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.