SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah telah ditambahbaik oleh Kerajaan sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sara fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA RM300 : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 2024
Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan SARA bagi fasa 2 tahun 2024 seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 |
---|
01 Februari 2024 (Khamis) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 2024
Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan SARA bagi fasa 2 tahun 2024 mengikut kategori penerima seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah : i. Berpasangan; atau ii. IbuBapa Tunggal yang mempunyai anak | RM100 |
Warga Emas tiada pasangan | RM100 |
Bujang | RM50 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2
Berikut merupakah kaedah bayaran Bantuan SARA bagi fasa 2 seperti di bawah :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 |
---|
Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar. |
SENARAI BANTUAN SARA
Penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima. Rujuk kedai berdaftar berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA FASA 2 2024
Ikuti cara semakan penerima bayaran Bantuan SARA fasa 2 seperti berikut :
PAUTAN RASMI SEMAKAN SARA |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan semakan Sara di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel: [email protected]
- Laman sesawang : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.