SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Demi membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana-rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup, Kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) sebanyak 20% iaitu kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.

Bagaimanakah semakan bayaran bantuan tunai str fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

KADAR IMPLIKASI KEWANGAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Berikut merupakan kadar implikasi kewangan bantuan tunai STR fasa kedua kepada setiap kategori penerima bagi tahun 2024 :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA
KADAR
IMPLIKASI
(RM billion)
Isi Rumah (B40) Pendapatan
RM2,500 dan ke bawah
3.0 juta0.9 billion
Isi Rumah (M40) Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0.9 juta0.1 billion
Warga Emas Tiada Pasangan1.2 juta0.2 billion
Bujang3.3 juta0.3 billion

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Bantuan tunai STR fasa kedua akan disalurkan kepada penerima mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah B40 :
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR 2024
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 1
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 2
RM1,000 hingga RM2,500RM500
(semua)
RM150 hingga RM650
*Bayaran adalah bergantung bilangan anak.
  • Kategori Isi Rumah M40 :
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR 2024
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 1
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 2
RM500 hingga RM1,250RM100 hingga RM300RM100 hingga RM300
*Bayaran adalah bergantung bilangan anak.
  • Kategori Warga Emas :
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR 2024
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 1
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 2
RM600RM150RM150
  • Kategori Bujang :
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR 2024
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 1
KADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI
STR FASA 2
RM350RM100RM100

TARIKH DAN KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Pembayaran bantuan tunai STR fasa kedua adalah mengikut tarikh dan kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH
BAYARAN
KAEDAH
PEMBAYARAN
Ada akaun bank3 hingga 9 April 2024Dikreditkan secara automatik
ke dalam akaun bank
pemohon / pasangan
yang telah didaftarkan.
Tiada akaun bankBermula 3 April 2024Diberikan secara tunai di
kaunter cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Ikuti cara semakan bayaran bantuan tunai STR fasa kedua di portal rasmi MySTR LDHNM seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN
BANTUAN TUNAI STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/default
  1. Sila klik pada pautan rasmi bantuan STR di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%202%2001042024%20(Final).pdf.

Leave a Comment