SEMAKAN E KASIH 2024 RM1200 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN E KASIH 2024 RM1200 : CHECK SEKARANG

E-Kasih ialah merupakan sistem pangkalan data bersepadu yang diperkenalkan oleh Kerajaan bertujuan untuk membantu isi rumah yang berada dalam kategori miskin. Sistem e-Kasih ini memiliki nilai yang sangat besar bagi kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha memerangi kemiskinan.

Dengan adanya e-Kasih, mereka dapat mengakses data yang lengkap mengenai individu-individu yang memerlukan bantuan dan program-program yang diterima antaranya bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM1,200.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS RM3600 : CHECK SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN E KASIH

Berikut merupakan senarai penerima bantuan RM1,200 yang dirujuk daripada pengkalan data e-Kasih (yang diambil daripada silang data penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR) :

  1. Penerima STR berstatus miskin tegar : seramai 0.2j penerima.
  2. Penerima STR berstatus miskin : seramai 0.5j penerima.

KAEDAH BAYARAN E KASIH 2024

Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui e-Kasih seperti di bawah :

KAEDAH BAYARAN
Bantuan sebanyak RM1,200 akan dikreditkan ke dalam
Kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan
RM100 selama 12 bulan.

TARIKH SEMAKAN E KASIH 2024

Berikut merupakan tarikh untuk semakan bayaran bantuan e-Kasih sebanyak RM1,200 yang disalurkan setiap bulan RM100 seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN
Bermula Januari 2024 hingga Disember 2024
(Setiap bulan)
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa. Akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan.

SEMAKAN E KASIH 2024

Berikut merupakan cara semakan e-Kasih di Portal Rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi e-Kasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Klik pada [eKasih Semakan].
  3. Kemudian, klik pada [Semakan Pendaftaran] Sekiranya anda telah berdaftar dengan e-Kasih.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN BANTUAN RM1200

Berikut merupakan cara semakan bantuan RM1,200 iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih dan e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment