SEMAKAN EKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Untuk pengetahuan umum, Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
Bagaimanakah semakan ekasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG
SISTEM UTAMA EKASIH
- Semakan status kemiskinan secara online.
- Penyelarasan maklumat bantuan.
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024
Melalui data kemiskinan yang diperoleh daripada sistem pangkalan data eKasih terdapat seramai 700,000 rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan oleh Kerajaan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mempunyai data sebagai Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih.
NILAI BANTUAN EKASIH 2024
Berikut merupakan nilai bantuan yang disalurkan kepada penerima yang berstatus Miskin Tegar dan Miskin di bawah data eKasih melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah : i. Berkahwin; atau ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak. | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran bantuan ini adalah berbeza tarikh mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima dari Semenanjung Malaysia | Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan. |
Penerima dari Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024 |
SEMAKAN EKASIH 2024
Untuk semakan boleh disemak melalui Laman sesawang eKasih seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman utama eKasih, sila klik pada [eKasih Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda pada ruangan No. KP: tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, tekan pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Saya mahu minta bantuan rumah pprt
Saya Mahu Minta Bantuan E-Kasih
Ingin memohon baik pulih rumah saya..
Saya tiada kerja
Memohon bantuan rumah PPRT
Saya mahu bantuan rumah PPRT.
Saya ingin memohon bantuan…saya tak bekerja..jenis bantuan ape yg saya layak..terima kasih
Memohon bantuan pembaikan rumah
Mohan pembaikan rumah
Ingin memohon baik pulih rumah saya..