SEMAKAN EKASIH BAYARAN KEDUA 2025 : BAYARAN BULAN FEBRUARI 2025

SEMAKAN EKASIH BAYARAN KEDUA 2025 : BAYARAN BULAN FEBRUARI 2025

Sistem eKasih memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pendaftaran dalam eKasih boleh membantu individu dan keluarga yang layak menerima pelbagai jenis bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), MyKasih, Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali tergolong dalam golongan miskin atau miskin tegar, pastikan maklumat sentiasa dikemas kini dalam sistem eKasih agar kelayakan bantuan tidak terjejas.

Anda boleh menyemak status atau mendaftar melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, atau secara atas talian jika disediakan.

BACA JUGA DI SINI : BORANG DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : PERMOHONAN MELALUI BORANG

SEMAK SYARAT EKASIH 2025

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima Bantuan SARA, iaitu :

  1. Penerima SARA eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  2. Penerima SARA Bukan eKasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

SEMAKAN EKASIH BAYARAN KEDUA 2025

Untuk semakan status kelayakan e-Kasih, ikuti panduan semakan secara online melalui pautan portal rasmi berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 86XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  7. Kemudian, ketahui kelayakan anda menerima Bantuan RM200, RM100 dan RM50 setiap bulan melalui semakan di portal rasmi MyKasih berikut :

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih setiap bulan, ikuti panduan semakan di bawah :

  1. Panduan Semakan Bantuan SARA MyKasih Secara Online :
  2. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  7. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  9. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  11. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH

Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah dihadkan mengikut kategori kelayakan berikut :

HAD BAYARAN BANTUAN SARA EKASIHHAD BAYARAN BANTUAN
SARA BUKAN EKASIH
Isi Rumah : RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah : RM900 setahun
(RM100 sebulan)
Warga Emas : RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas : RM450 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang : RM600 setahun
(RM50 sebulan)
TIDAK DIPERUNTUKAN

TARIKH BAYARAN EKASIH 2025

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA KEPADA PENERIMA EKASIHTARIKH BAYARAN BANTUAN SARA KEPADA PENERIMA BUKAN EKASIH
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan kemaskini sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

CARA BANTUAN DISALURKAN

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah melalui proses berikut :

  • Individu yang layak akan disahkan;
  • Akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima;
  • Kerajaan akan mengkreditkan bantuan menerusi kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh menggunakan kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment