SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN CARUMAN KWSP RM500 2024 : CHECK SEKARANG
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan caruman kwsp rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP : CHECK SEKARANG
KADAR BANTUAN CARUMAN KWSP
Berikut merupakan kadar bantuan caruman KWSP oleh Kerajaan kepada penerima yang layak seperti di bawah :
KADAR BANTUAN CARUMAN KWSP |
---|
RM500 secara one-off |
TUJUAN BANTUAN CARUMAN KWSP RM500
Ia bertujuan untuk menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka. Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.
KELAYAKAN BANTUAN CARUMAN KWSP RM500
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan caruman KWSP sebanyak RM500 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 40 hingga 55 tahun;
- Mempunyai simpanan KWSP akaun 1 RM10,000 ke bawah.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN CARUMAN KWSP RM500 2024
Berikut merupakan cara semakan kelayakan bantuan caruman KWSP RM500 seperti di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi KWSP.
- Pada halaman utama KWSP, sila pilih (Saya Ahli i-Akaun) dan klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, masukkan [USER ID] iaitu nombor kad pengenalan anda tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Next].
- Masukkan kata laluan dengan betul.
- Kemudian, klik butang [Login].
- Seterusnya, tekan pada [MY ACCOUNT].
- Maklumat penyata akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada artikel Sinar Harian. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi KWSP : 03-89226000 (Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang)
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/home dan https://www.sinarharian.com.my/article/643612/berita/nasional/14-juta-ahli-kwsp-terima-rm500-caruman-tambahan-kerajaan.