SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Pelbagai inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas dek kerana kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM1,200 kepada rakyat yang memerlukan. Bantuan ini boleh digunakan untuk menampung kos perbelanjaan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan tunai tambahan rm1200? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan tunai tambahan bagi tahun 2024 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2024

Pembayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM1,200 adalah akan dibayar secara ansur selama 12 bulan iaitu sebanyak RM100 setiap bulan bermula pada bulan Januari 2024 hingga Disember 2024 (tarikh tetap untuk penerimaan bayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan).

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut merupakan senarai penerima bantuan tunai tambahan bagi tahun 2024 seperti di bawah :

  • Isi Rumah berpendapatan bawah RM2,500;
  • Isi Rumah Asas berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000;
  • Warga Emas tiada pasangan; dan
  • Bujang berpendapatan bawah RM2,500.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2024

Untuk semakan bantuan tunai tambahan ini hendaklah dilakukan melalui portal rasmi semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja. Segala maklumat di atas adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih dan ucapan belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

2 thoughts on “SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG”

    • Assalamualaikum saye nk tnye
      Macam mana pasal bantuan emadani

      Kalau penerima tu tiada MAE WALLET
      N TOUCH N GO E-WALLET
      macam mana ye nk buat pembayaran
      Ade care lain ke?? Untuk mengguna emadani tu

      Reply

Leave a Comment