SEMAKAN KELAYAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR SEBANYAK 300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR SEBANYAK 300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Keprihatin Kerajaan terhadap rakyat yang berpendapatan rendah serta kurang kemampuan. Oleh yang demikian, Kerajaan menyediakan inisiatif bantuan khas untuk pembelian keperluan asas barang dapur sebanyak RM300 sebulan kepada lebih 30,000 yang berkelayakan menerima.

Bagaimanakah semakan kelayakan nama penerima bantuan pembelian keperluan asas barang dapur sebanyak 300 sebulan? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA : CHECK SEKARANG

PENGENALAN

Bantuan RM300 ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau secara ringkasnya ialah BINGKAS. Bantuan ini disalurkan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR SEBANYAK 300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk penerima bantuan ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai anak / tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SENARAI BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR

Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian seperti di bawah :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Ubat-ubatan.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

SEMAKAN KELAYAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR SEBANYAK 300 SEBULAN 2024

Sekiranya anda telah berdaftar, anda boleh membuat semakan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Untuk semakan, klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment