SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Kos sara hidup di Malaysia menjadikan segelintir rakyat terbeban kerana peningkatan sesetengah harga barangan. Oleh itu, Bantuan Sara Hidup diperkenalkan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan sara hidup rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TERBARU RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
  • Berkahwin atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan kasar tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA PENYAMPAIAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

TEMPAT PENYAMPAIAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Untuk mengetahui kelayakan, sila ikuti cara semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan kelayakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib berikut :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment