SEMAKAN KELAYAKAN PERALIHAN LESEN B PENUH : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN PERALIHAN LESEN B PENUH : CHECK STATUS SEKARANG

Anthony Loke Siew Fook iaitu Menteri Pengangkutan telah mengumumkan berita baik kepada Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas B1 dan B2 tidak lagi perlu menunggu selama 10 tahun untuk peralihan kepada lesen B penuh.

Bagaimanakah semakan kelayakan peralihan lesen b penuh? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN MYKAD MADANI RM600 TERBARU : SEMAK SEKARANG

APA ITU PERALIHAN LESEN B PENUH

Program Peralihan Lesen B Full adalah merupakan sebuah program untuk menaik taraf Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) daripada lesen kelas B1 atau B2 kepada lesen memandu kelas B penuh yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

TARIKH PELAKSANAAN PERALIHAN LESEN B PENUH

Berdasarkan kepada pengumuman daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa pelaksanaan permohonan untuk peralihan daripada kelas lesen B1 dan B2 kepada kelas lesen B penuh adalah bermula pada 1 Oktober 2024 (Selasa).

CAJ BAYARAN PERALIHAN LESEN B PENUH

Bagi pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas B1 atau B2 yang ingin beralih kepada lesen kelas B penuh akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM160 untuk menampung kos operasi yang terlibat di Institut Memandu (IM).

SYARAT KELAYAKAN PERALIHAN LESEN B PENUH

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk peralihan kepada lesen B penuh adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B1 / B2 bagi tempoh 10 tahun dan ke atas;
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B1 / B2 aktif dan berkuat kuasa;
  • Bebas senarai hitam JPJ dan PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.

SEMAKAN KELAYAKAN PERALIHAN LESEN B PENUH

Ikuti cara semakan kelayakan peralihan kepada kelas B penuh :

  1. Sila muat turun aplikasi MyJPJ di apps store / google play.
  2. Daftar akaun anda sebagai [Orang Awam Malaysia].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format.
  4. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  5. Bahagian utama akan dipaparkan.
  6. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  7. Seterusnya, pilih [Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B].
  8. Status kelayakan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPJ. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jpj.gov.my/.

Leave a Comment