SEMAKAN MYKASIH BUJANG 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Golongan bujang juga ramai yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan bantuan khas untuk golongan bujang melalui MyKasih untuk membantu meringankan bebanan serta menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan bujang di Malaysia.
Bagaimanakah semakan mykasih bujang? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG
KELAYAKAN MYKASIH BUJANG 2024
Bantuan MyKasih Bujang adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KADAR BANTUAN MYKASIH BUJANG 2024
Berikut merupakan kadar bantuan MyKasih yang bakal diterima oleh golongan Bujang :
KADAR BANTUAN MYKASIH BUJANG |
---|
RM600 |
KAEDAH PENGKREDITAN MYKASIH BUJANG
Pengkreditan bantuan MyKasih adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti kaedah berikut :
ALAMAT PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima RM50 setiap bulan (Januari – Disember) |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) RM300 dua (2) kali setahun (Februari dan Ogos) |
TARIKH PENGKREDITAN MYKASIH BUJANG 2024
Pengkreditan bantuan MyKasih untuk golongan bujang adalah seperti tarikh berikut :
ALAMAT PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Bermula 22 Januari 2024 dan seterusnya bermula 1 hari bulan setiap bulan sehingga 1 Disember 2024 |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
SEMAKAN MYKASIH BUJANG 2024
Untuk semakan, boleh disemak antara dua (2) Portal Rasmi iaitu Portal Rasmi Mykasih dan MySTR LHDNM seperti berikut :
- CARA SEMAKAN BANTUAN BUJANG DI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- CARA SEMAKAN BANTUAN BUJANG DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.