SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Inisiatif pemberian bantuan melalui MyKad penerima telah dilancarkan bermula 2023 lagi. Kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan ini bagi tahun 2024 dengan menambah kadar bantuan dan diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 100 sebulan mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH FASA 1 : CHECK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA
Pemberian bantuan RM100 sebulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2024
Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menambah lebih ramai penerima berbanding tahun 2023 seperti jadual berikut :
KATEGORI PENERIMA | TAHUN 2023 | TAHUN 2024 |
---|---|---|
Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada pasangan | Miskin Tegar (210,000 penerima) | Miskin Tegar & Miskin (700,000 penerima) |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN
Penerimaan bantuan ini adalah akan disalurkan mengikut alamat penerima seperti kaedah berikut :
- Penerima dari Semenanjung Malaysia :
- Akan dikreditkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan.
- Penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan :
- Akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024 RM600 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024).
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2024
Pembayaran bantuan RM100 ini telah mula dikreditkan bermula 22 Januari 2024 (Isnin) dan seterusnya akan dikreditkan setiap 1 hari bulan pada bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2024
Terdapat dua (2) Portal Rasmi untuk semakan seperti berikut :
PORTAL RASMI MYKASIH | PORTAL RASMI MYSTR |
---|---|
https://www.mykasih.com.my/ | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Cara Semakan di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
mohon bantuan brg dapur
Mohon bantuan barangan dapur
Mohon bantuan barangan dapur
Minta bantuan my Kasih
Minta bantuan mykasih