SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN SARA HIDUP 2024 : CHECK SEKARANG
Secara khususnya Bantuan Sara Hidup yang diwujudkan ini adalah untuk membantu menampung perbelanjaan dengan nilai RM100 setiap bulan kepada golongan rentan yang mudah terjejas akan peningkatan harga barangan yang menjadi beban.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 100 setiap bulan sara hidup? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN 1200 EKASIH : SEMAK PENERIMA
BILAKAH AGIHAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN SARA HIDUP 2024
Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 akan diagihkan secara ansur setiap bulan bermula pada pertengahan bulan Januari tahun 2024 dan pada setiap 1 hari bulan sehingga pada akhir tahun ini iaitu 1 Disember 2024. Ia sah digunakan sehingga 31 Disember 2024 dan akan dibatalkan selepas dari tarikh tersebut.
CUKUPKAH JUMLAH BANTUAN 100 SETIAP BULAN UNTUK SARA HIDUP 2024
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah RM100 setiap bulan secara automatik sebagai tambahan untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas rakyat yang memerlukan. Kerajaan yakin ia cukup untuk menampung kos sara hidup rakyat.
BAGAIMANAKAH CARA AGIHAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN SARA HIDUP 2024
Cara agihan Bantuan Sara Hidup bernilai RM100 setiap bulan adalah melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun yang dibuka melalui kad pengenalan penerima yang disahkan layak. Penerima perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai.
DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN SARA HIDUP
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan ini di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN SARA HIDUP 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan di laman berikut :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada laman semakan, sila masukkan nombor kad pengenalan anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status nama penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.