SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1000 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1000 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Kegunaan MyKAD (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia telah ditambah baik kerana dapat digunakan untuk transaksi pembelian tanpa tunai (sama seperti kad bank). Namun, hanya penerima bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan sahaja boleh menggunakan MyKAD seperti itu.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1000 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD 2024

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menaikkan kadar jumlah bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKAD penerima adalah sehingga RM1,200 dan bukanlah RM1,000 kerana penyaluran bantuan ini adalah selama tempoh 12 bulan.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 1000 MYKAD 2024

Penerima yang disahkan layak akan mula menerima bantuan di dalam MyKAD bermula pada 22 Januari 2024 dan pada 1 hari bulan setiap bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024.

PROSES PENERIMAAN BANTUAN 1000 MYKAD 2024

Berikut merupakan proses penerimaan bantuan di dalam MyKAD :

  1. Perlu mendaftar dan memohon.
  2. Setelah diluluskan, akaun untuk simpanan elaun akan dibuka melalui nombor MyKAD yang didaftarkan.
  3. Elaun RM100 akan dimasukkan ke dalam MyKAD setiap bulan secara automatik.
  4. Penerima akan dipanggil untuk sesi taklimat dan cara penggunaan bantuan dalam MyKAD.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1000 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam MyKAD seperti berikut :

  1. Sila klik pada laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
  • E-melkan ke Alamat : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment