SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan. Oleh itu, Kerajaan dengan berbesar hati ingin membantu rakyat dengan menyalurkan bantuan sara hidup bernilai sehingga RM1,200 menyasarkan kepada penerima yang benar-benar layak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 sara hidup? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 2 : CHECK STATUS SEKARANG

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024

Pemberian Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Berumur 21 ke atas;
  • Berpendapatan isi rumah bawah daripada RM2,500 sebulan;
  • Penerima / lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

BILAKAH TARIKH AGIHAN BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024

Pengagihan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 telah mula diagihkan kepada penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia bermula 22 Januari 2024 dan akan diagihkan setiap bulan sehingga 1 Disember 2024. Namun bagi penerima yang beralamat di Sabah dan Sarawak diagihkan pada 19 Februari 2024 dan akan diagihkan dua kali setahun.

BAGAIMANAKAH CARA AGIHAN BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024

Cara agihan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 adalah berbeza mengikut negeri penerima iaitu penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia akan dikreditkan menerusi kad pengenalan. Manakala, penerima di Sabah dan Sarawak akan dikreditkan menerusi akaun bank yang telah didaftarkan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024

Penerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 boleh membuat semakan melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment