SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1500 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1500 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Ekonomi kini pastinya menjadi sangat mencabar terutamanya kepada yang berpendapatan rendah. Bagi mengurangkan cabaran ekonomi serta meningkatkan kestabilan kewangan rakyat, Kerajaan memperuntukan pelbagai bantuan tunai dan termasuk tanpa tunai melalui MyKad yang khusus kepada warganegara Malaysia.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1500 MyKad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM350 : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN 1500 MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan bernilai RM1,500 adalah merupakan bantuan di bawah dua (2) program yang berbeza iaitu Bantuan Asas Rahmah dan juga Bantuan Kehidupan Sejahtera. Kedua-dua bantuan disalurkan dengan kadar dan kaedah yang berbeza.

KADAR NILAI PENYALURAN BANTUAN 1500 MYKAD 2024

Penyaluran bantuan yang bernilai RM1,500 akan disalurkan secara berasingan mengikut program seperti berikut :

JENIS PROGRAMKADAR NILAI
BANTUAN
Bantuan Kehidupan SejahteraRM300
Bantuan Asas RahmahRM1,200
RM1,500

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN 1500 MYKAD 2024

Terdapat dua (2) kaedah penyaluran bantuan RM1,500 iaitu :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera (RM300) :
    • Akan disalurkan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet setiap bulan sebanyak RM300.
  2. Bantuan Asas Rahmah (RM1,200) :
    • Akan disalurkan secara tanpa tunai melalui akaun MyKad setiap bulan dengan nilai RM100 selama 12 bulan.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN 1500 MYKAD 2024

Majoriti penerima adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Bilangan penerima adalah mengikut jenis program berikut :

JENIS PROGRAMBILANGAN PENERIMA
BANTUAN 2024
Bantuan Kehidupan Sejahtera30,000
Bantuan Asas Rahmah700,000

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1500 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM1,500 di dua (2) laman semakan yang berbeza seperti berikut :

  • Laman Semakan Bantuan Kehidupan Sejahtera (RM300) :
LAMAN RASMI SEMAKAN 1
https://bingkasselangor.com/log-masuk
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  3. Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Laman Semakan Bantuan Asas Rahmah (RM1,200) :
LAMAN RASMI SEMAKAN 2
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan Kehidupan Sejahtera : 1-800-22-6600
  • Talian Bantuan Asas Rahmah : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bingkasselangor.com/#pengenalan dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment